Welcome

My Link : http://www.eziklan.com/

TERMA & SYARAT

Terma & Syarat Affiliate

1. Persetujuan Affiliate
Dengan menyertai sebagai pengiklan di eziklan.com, yuran yang dibayar untuk kos pengiklanan. Anda telah layak sebagai Agen Affiliate eziklan (selepas ini dikenali sebagai Affiliate), Anda bersetuju bahawa anda telah membaca dan memahami terma dan syarat perjanjian ini. Anda juga bersetuju bahawa anda bertanggungjawab untuk mematuhi setiap terma dan syarat dalam perjanjian ini.

2. Tanggungjawab Affiliate
- Tidak mempromosikan produk, servis atau aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di portal eziklan
- Membuat promosi secara berhemah dah tidak menyalahi terma dan syarat supaya menggalakkan orang lain menyertai program Affiliate di bawah anda.
- Tidak melakukan sebarang bentuk penipuan bagi mendapatkan ganjaran.
- Dilarang memutarbelitkan sebarang maklumat tentang promosi dan aktiviti eziklan.com
- Dilarang mempromosikan sebarang aktiviti bisnes lain di dalam group komuniti seperti Group Whatsapp, Facebook dan lain-lain.
- Dilarang melakukan provokasi, tohmahan atau fitnah terhadap Affilate lain atau pihak eziklan untuk tujuan tertentu.
- Kepada mereka yang bergelar Ez-Trader, Leader Eziklan (Layak Bonus Kepimpinan), tidak boleh terlibat secara aktif di program affiliate lain, jika ia didapati berlaku, akan dinasihat menamatkan keahlian di eziklan.
- Affiliate bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi semua terma dan syarat, harta intelek dan undang-undang lain yang berkaitan.
- Pihak eziklan tidak akan bertanggungjawab jika anda menggunakan bahan hakcipta orang lain atau harta intelek lain yang melanggar undang-undang atau mana-mana hak pihak ketiga.

3. Hak dan Tanggungjawab eziklan.com
Eziklan.com berhak untuk menamatkan penyertaan affiliate anda dalam Program Affiliate eziklan.com serta-merta dan tanpa notis sekiranya anda didapati melakukan sebarang bentuk penipuan, tohmahan, fitnah dalam penggunaan Program Affiliate eziklan.com, atau jika anda menyalahgunakan program untuk apa juga tujuan. Jika penipuan dikesan, kami tidak bertanggungjawab ke atas pembatalan bayaran sebarang komisen yang dikumpul daripada penipuan tersebut.

4. Penamatan
Penamatan boleh dilakukan sama ada dari pihak kami atau pihak anda pada BILA-BILA MASA, dengan memberikan notis bertulis. Notis bertulis boleh diberi dalam bentuk emel atau surat bertulis. Di samping itu, keahlian boleh ditamatkan dengan serta merta jika affiliate melanggar terma dan syarat program ini. Yuran kos pengiklanan tidak akan dikembalikan.

5. Pengubahsuaian
Kami berhak mengubah mana-mana terma dan syarat ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara. Dalam keadaan sedemikian, anda akan dimaklumkan melalui emel, SMS, Whatsapp atau Group Komuniti. Pengubahsuaian mungkin termasuk perubahan dalam prosedur pembayaran dan peraturan Program Affiliate eziklan.com.

6. Pembayaran Komisyen
Pembayaran komisyen kepada affiliate berdasarkan penyertaan Affiliate yang lain di bawah anda serta penyertaan dalam rangkaian anda.

7. Akses Kepada Kawasan Affiliate (Member Area)
Anda akan diberi kata laluan supaya dapat mengakses ke akaun affiliate anda. Anda boleh mendapatkan laporan serta pengiraan komisyen yang akan dibayar kepada anda.